Ilmu ,
Engkau bagaikan darah yang mengalir ditubuhku ,
Bagaikan udara yang menemani hidupku ,
Melekat di hujung sanubariku ,
Takkan pupus dek waktu ,
Kerana tanpamu kosong diri ini ,
Lebih kosong daripada tin yang disepak sana sini ,
Tanpamu diri ini pasti direndahi ,
Mahukah kita jadi seperti ini ?
Kau bukan hanya sebuah nama ,
Lebih terang daripada pelita ,
Melekat di dalam dada ,
Setiap orang yang bijaksana ,
Kau harta yang abadi ,
Mencarimu satu pekerjaan terpuji ,
Biarpun nyawa di hujung tali ,
Kau pasti aku cari sehingga mati .