Wednesday, 23 November 2016

Sahabat Sampai Syurga



Tiada mutiara seindah cinta ,
Tiada sutera sehalus kasih sayang ,
Tiada embun sesuci ketulusan hati ,
Sahabat , engkau anugerah terindah daripada Ilahi ,

Tiap kali aku jatuh duduk termanggu ,
Engkaulah yang pertama datang membantu ,
Menghulurkan tangan tiada jemu ,
Tanpa mengharapkan balasan dariku ,

Bila bersatu hati kita bagai besi ,
Jadi kuat , gagah dan berani ,
Pelbagai perkara kita sama lalui ,
Yang penuh dengan onak dan duri ,

Kini aku sedari  
Walau terpisah dek perbezaan negeri ,
Hubungan ini tetap tidak terhenti ,
Engkaulah sahabat sejati ,

Walau jarang bersua muka ,
Ketahuilah namamu sentiasa dalam doaku ,
Semoga satu hari nanti dapat berjumpa ,
Melunas rindu di dada .

No comments:

Post a Comment